Periksa buku panduan kenderaan anda untuk spesifikasi minimum kualiti minyak dan dan gred kelikatan; tetapi sebaiknya pilih kualiti dan gred yang lebih baik berbanding yang dinyatakan. Pemilihan minyak enjin yang betul bergantung kepada:
- Jenis kereta – kereta berprestasi tinggi memerlukan minyak enjin berprestasi tinggi.
- Usia kereta – enjin sentiasa ditambah baik dengan pengeluaran enjin baharu sekaligus menghasilkan prestasi tinggi dengan kecekapan bahan api yang lebih baik. Minyak enjin yang lebih maju telah dibangunkan agar perkembangannya seiring dengan permintaan kejuruteraan yang semakin meningkat.
- Persekitaran pemanduan – Tiada siapa mahu kenderaannya mati dan perlu dihidupkan semula ketika trafik, dan pastinya enjin anda juga begitu. Dengan minyak enjin yang lebih berkualiti, ia mampu menghalang kerosakan enjin.
Ketahui minyak enjin yang betul untuk kenderaan anda dengan Shell LubeMatch.