(1) Adakah stesen Shell dibuka?
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020, stesen Shell seluruh negara akan terus beroperasi untuk aktiviti pengisian minyak.
Shell SELECT/ Kedai akan beroperasi tetapi hanya untuk pembelian bawa pulang sahaja (“takeaway”), tetapi meja makan dan tempat duduk di dalam kedai akan ditutup buat sementara waktu.
(2) Adakah ia selamat untuk mengisi minyak di stesen Shell?
Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Semua stesen Shell seluruh negara mengambil langkah pencegahan untuk membersihkan tempat yang kerap guna pada SETIAP 1 JAM untuk keselesaan anda:
- Di Luar – Nozel minyak, pam angin tayar, terminal kad, pemegang pembersih cermin, pemegang tisu, Tong Sampah
- Dalam Kedai – Pemegang pintu, permukaan kaunter, pemegang chiller, papan kunci ATM, dll.
- Tandas – Pemegang pintu, suis, mangkuk tandas, sinki, urinal
Tandas kami sentiatiasa dibersihkan dan bahan pencuci tangan juga boleh didapati di setiap stesen kami untuk kegunaan anda.
Staf kami memeriksa suhu badan sebelum permulaan shift, dan memastikan kebersihan peribadi dijaga pada setiap masa.
(3) Apakah servis yang akan ditutup?
Semua surau, servis cucian kereta, lube bays, dan Shell Advance Motor Care Express (SAMCE) akan ditutup buat sementara waktu.
Kami mengalu-alukan anda ke stesen kami dan bersama, kita dapat mengatasi situasi ini. Selamat jalan dan Go Well.
Untuk maklumat lanjut tentang respons kami kepada COVID-19, sila layari laman web kami: www.shell.com.my/COVID19