Jumlah pra-kelulusan merupakan pegangan sementara melibatkan jumlah tertentu (RM200 untuk Visa / Mastercard & RM250 untuk Amex) daripada had kad kredit & debit. Ia digunakan untuk mengesahkan kad yang digunakan adalah aktif dan mempunyai baki kredit mencukupi sebelum pembayaran dibuat.
Sebaik sahaja pembayaran dibuat, bank akan menerima makluman tentang jumlah yang dibayar, dan sebarang jumlah pra-kelulusan yang tidak terpakai akan dikreditkan semula ke akaun anda dalam tempoh 3-5 hari.