Shell Live Chat ialah satu fungsi yang boleh membantu anda untuk mendapatkan maklumat mengenai Shell termasuk produk, servis, kerjaya dan lain-lain dengan lebih efisien. Cuba chat bersama team kami dengan menggunakan Live Chat ini.
Live Chat beroperasi dari Isnin hingga Jumaat: 8:00AM-6:00PM, tidak termasuk cuti umum.
Widget Live Chat boleh dicapai di sudut kanan bahagian bawah skrin di halaman berikut:
- Laman Hubungi Kami di shell.com.my
- Laman Motorists di shell.com.my
- Setiap laman support.shell.my di laman-bantu-diri
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan Live Chat:
Langkah 1: Klik butang “Help” di sudut kanan bahagian bawah skrin.
Langkah 2: Klik butang “Live Chat” di sudut kanan bahagian bawah skrin.
Langkah 3: Isi butiran (Nama, Emel & Mesej) untuk memulakan chat bersama ejen kami. Setelah selesai, klik “Mulakan Chat”.
Langkah 4: Chat Bersama ejen kami!
Langkah 5: Setelah selesai, anda diminta menilai pengalaman anda dengan menekan “👍” atau “👎”. Anda juga boleh kongsikan maklum-balas anda untuk penambahbaikan kami. Kemudian, tekan butang “Hantar” setelah selesai.
Langkah 6: Akhirkan “Live Chat” dengan menutup tetingkap tersebut.